This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday 23 February 2011

Contoh Prasa harian dalam bahasa Ibrani

Salam semua, kembali lagi kita dalam kuliah belajar bahasa Ibrani secara percuma. Saya telah mencari perkataan-perkataan mudah untuk kalian menghafal dan praktiskan ucapan-ucapan tersebut di mana-mana termasuklah forum, blogspot.com atau pun email. Cara ini dapat meningkatkan penghafalan kalian terhadap perkataan tersebut. So here we go.........

1. Apa awak buat?

Mah ata 'oseh? (L)       מה אתה עושה
Mah at 'osah? (P)  מה את עושה 
Le'an ata hol-chim (L, S)
Le'an at holechet (P, S)

2. Apa kamu buat?

Mah atem 'osim? (L, P)
mah aten 'osin? (P, P)


3. Apa awak buat hari ini?

Mah aseeta ha'yomto? (L)
Mah aseet Ha'yom? (P)


4. bad doing

ma'aseh lo tov

5. We are doing good

Etzlenoo ha'kol beseder

6. Saya suka menyanyi

Ani ohev la'shir (M)
Ani ohevet la'shir (P)

7. Dia suka menyanyi 
ata ohev la'shir (L)
at ohevet la'shir (P)

8. awak di mana?

e-fo ata nimza? (L)
e-fo at nimzet? (P)

9. Kita pergi mana?

Le-an anachnu hol-chim?

10. Saya mahu makan

Ani rotze la'echol. (L)
Ani rotza le'echol (P)

11. Saya letih

Ani 'ayef (L)
Ani 'ayefa (P)

Nota:

L - Lelaki
P - Perempuan
S - singular
P - Plural

Selamat belajar semua


Ruangan buku/kamus/cd 

Talk Now! Hebrew  

Tuesday 22 February 2011

Alefbet VS Alphabet

Salam dan Salam 1Malaysia...

Ramai gak tertanya-tanya huruf Hebrew ni boleh ke di samakan dengan alphabet Roman tu? emmm... jawapannya memang boleh dan cuba lihat kat bawa tu persamaan bunyi antara alefbet hebrew dan alphabet Roman.

1. א - alef - boleh jadi konsonan dan juga vokal (A E I O U )

2. בּ/ב - Bet - Huruf B/V

3. ג - Gimmal - Huruf G

4. ד - dalet - huruf D

5. ה- hey - Huruf H

6. ו - vav - huruf V

7. ז  - Zayin  - Huruf Z

8. ח - Chet - Huruf CH

9. ט - tet - Huruf T

10.  י - Yod - huruf Y
11. כ  - kaf - Huruf K

12. ך  - Kaf sofit - Huruf KH untuk huruf di belakang sesuatu perkataan.

13. ל - lamed - huruf L

14. מ  - mem - Huruf M

15. ם - mem sofit - Huruf M - untuk huruf di belakang sesuatu perkataan

16. נ  - Nun - Huruf N

17. ן - Nun sofit - Huruf M untuk huruf di belakang sesuatu perkataan

18. ס - Samech - Huruf S

19. ע - 'ayin - Huruf A

20. פ - pei/fei - huruf P/F

21. ף  - Pei sofit - Huruf F untuk huruf di belakang sesuatu perkataan

22. צ  - tzadi - Huruf TZ

23. ץ - tzadi sofit - Huruf TZ untuk huruf di belakang sesuatu perkataan

23. ק  - Kof - Huruf  K

24. ר - resh - huruf R

25. ש  - Shin/sin - Huruf SH/S

26. ת - Tav - Huruf T

Baiklah... setakat di sini dahulu dan bertemu lagi pada kuliah pada masa akan datang...


Ruangan buku/kamus/cd

Wahhh... sebuah buku khas untuk semua di mana cara belajar bahasa Hebrew dengan cerita Cinderella level satu yang amat menarik. Menambah vocab kita serta mengunakan perkataan baru dan mudah klik pada Learn Hebrew Through Fairy Tales Cinderella Level 1 (Foreign Language Through Fairy Tales)

Tuesday 15 February 2011

Tanda Baca Sheva/shv

Shalom 'aleichem ve' Assalamualaikum Wahrahmatullah

Mah hamatsav ya chaverim sheli? (Apa khabar sahabat-sahabat saya?). Bertemu kembali dalam kuliah pada kali ini di mana kita akan membincangkan mengenai sheva/shva. Apakah itu sheva?, Sheva adalah salah satu tanda baca yang terdapat dalam tulisan Ibrani bagi memudahkan membacaan teks, kitab atau makalah-makalah dalam bahasa Ibrani di mana lebih tepat dikatakan sebagai sebuah tanda baca terletak di bawah sebarang huruf yang tidak mempunyai vokal. Sheva secara langsung berkesan untuk membahagikan perkataan Ibrani kepada suku kata. 

Tanda baca sheva seperti titik dua bertindih seperti ini ( ְ ). Ia dinamakan tanda baca sheva manakala bunyi pula lebih kepada huruf E jika ianya mewakili vokal dan tidak berbunyi jika ia silent atau mati (bukan mati dicabut roh ya). Literasi kepada huruf E atau none.

Sheva mungkin vokal atau "mati" atau dalam bahasa Englishnya adalah silent di mana:

1. Vokal sheva (Sheva na atau sheva bergerak) mewakili bunyi huruf tanpa vokal. Biasanya ia diterjemahkan vokal sebagai "e".

2. The silent sheva atau sheva mati ialah digunakan untuk memperlengkap tempat berhenti pada suku kata. Sheva jenis ini Tidak boleh terjemah.
Terdapat empat kes apabila sheva ialah vokal iaitu:

1. Apabila permulaan perkataan

contoh perkataan:  בְ  רָ  כָ  ה   ,
                                kha   -    ra  -   be

2. Apabila sheva bergandingan

contoh perkataan:  מִ  שְׁ  פְּ  טֵי ,
                               tei  -   pe   -  mish


3. Apabila di bawah huruf dagesh

contoh perkataan:   הַ  מְ  לָ  נִי  ם ,
                                   nim   -  la -  me - ham

4. Apabila diikuti oleh vokal panjang

contoh perkataan:  כּׁ  תְ  בִי  ם .
                                  vim    -  te    - ko

Walaubagaimana pun, tanda baca sheva dan jenis-jenis tanda baca yang lain tidak terdapat pada tulisan Ibrani modern. Bagi kaum Yahudi, mereka boleh membaca tulisan Ibrani tanpa menggunakan tanda baca atau lebih dikenali sebagai niqud aka nequdot ini. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak mempelajari bahasa Ibrani elok sekirannya menguasai dahulu niqudot dalam pembacaan sebelum mempelajari pembacaan bahasa Ibrani tanpa nequdot.

Selamat belajar... jumpa lagi pada kuliah akan datang


Ruangan buku

Merupakan buku yang diterbitkan oleh Val kilmer, Ralph Fiennes dll. Sangat sesuai untuk mereka yang baru memulakan pembelajaran bahasa Ibrani. Maklumat lanjut boleh klik : The Prince of Egypt

Saturday 12 February 2011

Belajar Buat Ayat - Bahasa Ibrani/Hebrew

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... shalom kullam...

Di harap semua pembaca sekalian sihat hendaknya... semoga kerja dan niat untuk melakukan kebaikan akan mendapat balasan pahala yang besar dari Allah SWT. Insyallah Ta'ala. Hari ini kita cuba belajar untuk membuat ayat dalam bahasa Ibrani/Hebrew. 

1. Rumah besar itu - the big house -  הבית הגדול  - ha-bait ha-gadol

2. Bola besar itu - the big ball - הכדור הגדול  - ha-kadur ha-gadol

3. Rumah besar (berwarna) merah itu - the big red house - הבית הגדור האדום  - ha-bait ha-gadol ha-adom

4. Bola besar (berwarna) merah itu - the big red ball - הכדור הגדול האדום  - ha-kadur ha-gadol ha-adom

5. Rumah besar itu dan bola besar (berwarna) merah itu - the big house and the red big ball - הבית הגדור זהכדור הגדול האדום  - ha-bait ha-gadol ve'ha-kadur ha- gadol ha-adom

Kamus:

1. בית - bait = rumah
2. גדול - gadol = besar
3. כדור - kadur = bola
4. אדום - adom = merah
5. ה - the
6. ז  - ve = dan

Cuba kalian buat ayat berdasarkan perkataan di bawah ini:
1. Sekolah - bait sefer - בית ספר

2. buku - sefer - ספר

3. beruang - dov - דוב

4. Rama-rama - parpar - פרפר

Di mana kalian boleh menggunakan perkataan di atas untuk membentuk perkataan yang mudah, contohnya:

1. Sekolah besar itu, sekolah besar (berwarna) merah itu.

2. buku besar itu, buku besar (berwarna) merah itu.

3. beruang besar itu, beruang besar (berwarna) merah itu.

4. Rama-rama itu besar, rama-rama besar (berwarna) merah itu.

Bolehlah kirannya kalian salin kembali pelajaran hari ini dalam notebook untuk tujuan ulangkaji.... selamat belajar 


Ruangan buku/kamus/cd

 
Buku tentang perkataan-perkataan dalam makanan, mengunakan perkataan mudah dan senang. Klik pada Hebrew Food Words: Learn Hebrew Shuk and Restaurant Vocabulary For Israel (Hebrew Flash Cards)

Friday 4 February 2011

Rakyat menimbulkan Protes di Mesir

Pemuda Mesir menggunakan Twitter dan Facebook dan pelbagai macam jenis komunikasi, puluhan ribu pemuda-pemuda dan perempuan turun ke jalan-jalan di Mesir serta berkumpul untuk memprotes rejim Mubarak. Dua puluh ribu orang berhimpun di Cairo’s Tahrir square. Mereka juga melakukan protes di Suez, Fayoum, Ismailia, Kafr el-Sheikh, Bultim, Mahallah, Mansour dan bandar-bandar dari Alexandria di Utara ke Aswan di Selatan. Tidak pernah berlaku demonstarsai besar-besaran  di Mesir selama 30 tahun sebelum ini. 

Kerajaan regim Hosni Mubarak telah memberi amaran kepada pemimpin dari beberapa parti politik Mesir untuk tidak terlibat dalam menghasut, melibatkan diri dalam demonstrasi, memberi dokongan kepada demonstrasi di jalan-jalan.  Para pemimpin mematuhi arahan tersebut namun orang awam tidak mempedulikan arahan ini. Misalnya, Mufti Mesir mengeluarkan fatwa melarang penyertai rusuhan tersebut tapi ternyata Muslim tidak mengendahkannya, sama kes dengan pihak gereja melarang anggotanya untuk menyertai demonstrasi ini namun puak Kristian koptik juga ternyata tidak mempedulikannya. Ikhwanul Muslimin sebuah parti pembangkang yang banyak menerima tekanan dari pihak Mubarak juga menolak untuk menyokong demonstrasi ini, walau bagaimanapun 150 ahli tersebut dating berdemo. Kerajaan mendakwa bahawa mereka telah memenjarakan ahli tersebut kerana terlibat dalam rusuhan ini.  Sepanjang pemerintahan Mubarak, Mubarak telah meningkatkan propaganda "fundamentalisme Islam" untuk menakut-nakutkan kuasa Barat dari menyokongnya.

Walaupun diberikan amaran, pemuda Mesir tetap juga melakukan aksi protes di jalan-jalan malah mampu menjangkau ribuan orang. Mereka menuntut perubahan bukan sebagai ketaatan kepada parti, bukan sebagai ahli NGO, dan tentu saja bukan sebagai Muslim atau Kristian tetapi sebagai rakyat Mesir  yang inginkan perubahan pada polisi negara. Rusuhan ini bukanlah didorong  oleh ideologi semata-mata dan jelas sekali bukan dari inspirasi agama. Hal ini berkaitan dengan kemanusiaan dan nasionalis.

Mereka yang terlibat menganjurkan rusuhan ini adalah mereka yang mempunyai capaian internet di mana Kelas Sosial Remaja Mesir membuat pertemuan di jalan-jalan iaitu Mahasiswa dari elit Amerika, Jerman dan Inggeris Universities of Cairo, Mereka mencetuskan agar rakyat Mesir bangun untuk mempertahankan hak-hak mereka agar keadaan dapat dikembalikan dengan harmoni dan aman.

Apakah yang mendorong rakyat mesir melakukan aksi protes? Pengamat ekonomi Russia, Georgi Miski, pengamat senior lembaga Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabangsa Akademi Sains Rusia berkata “ Mesir mempunyai ramai yang berpendapatan rendah dan hidup di kota-kota besar, juga banyak yang tidak memiliki pekerjaan sesuai, menyaksikan vila-vila, mobel mewah. Mereka inilah yang menimbulkan ledakan kemarahan.” Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku di Mesir tanpa di ambil berat oleh Hosni Mubarak sehinggakan berlaku protes secara besar-besaran dengan slogan mahukan Hosni  berundur dari jawatannya. Ditambah lagi dengan isu rasuah yang sangat kritikal di kalangan elit Mesir.

Saranan oleh Ketua Kesatuan Cendekiawan Antarabangsa Muslim, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi di mana meminta Presiden Mesir untuk berundur secara baik sebelum berlaku apa-apa kesan ke atas negara itu seperti mana berlaku ke atas presiden Tunisia, Zine El-Abidine Ben Ali. Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Rakyat Mesir telah menolak Mubarak maka tidak ada alasan Mubarak untuk bertahan sehingga kini. Seruan ulama tertinggi ini mengambarkan bahawa tidak ada jalan pintas Mubarak untuk mempertahankan kerusi presidennya. 

Diharap pada masa akan datang negara ini akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan sosialnya. 




Thursday 3 February 2011

Fenomena Mahir Zain dan Muzik Islamik

Showcase Mahir Zain yang diadakan di MBSA Shah Alam pada 14 hingga 15 Oktober tahun lalu telah membawa kepada satu fenomena seni Islamik yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia amnya. Ini dapat dibuktikan apabila tiket pada showcase tersebut habis terjual dan ramai menimbulkan kekecewaan disebabkan tidak berpeluang menyaksikan persembahan secara live dan pertama dianjurkan di Malaysia. Ini adalah kali pertama artis bertaraf antarabangsa ini mengadakan persembahan di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap lagu-lagu berunsur keagamaan aka kerohanian ini mengingatkan kita bahawa lagu-lagu berunsurkan agama tidaklah diketepikan begitu sahaja. Hal ini membolehkan rakyat memilih mana-mana bentuk irama muzik yang diminati.

Mahir zain menyampaikan sembilan buah lagu dan memberikan kejutan pada akhir konsert dengan satu lagu bonus yang menjadi lagu 'signature' beliau iaitu "Insha Allah". Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepadanya. "Jujur saya katakan, ini adalah perjalanan yang terbaik pernah saya lalui dan saya sayangkan Malaysia," ujar Maher Zain dalam konsertnya yang merujuk Malaysia sebagai destinasi terbaik pernah dilawatinya.

Dari sekecil kanak-kanak hingga orang tua lagu Insha Allah selalu dilagukan tidak kira di mana pun mereka berada, dengan lirik dan melodi yang mengasyikkan lagu  tersebut mampu menawan sesiapa sahaja mendengarnya. Terkejut besar apabila kawan rapat menanyakan soalan berkaitan dengan lagu tersebut. "Adakah lagu ini boleh dinanyikan oleh orang bukan Islam?", Saya menjelaskan bahawa lagu tersebut bukanlah termasuk dalam amalan peribadatan, hanya sahaja sebagai lagu sama seperti lagu-lagu yang lain cuma yang membezakannya adalah lagu-lagu maher Zain berunsurkan Islamik, itu sahaja. Dan bagi saya tidak salah jika anda menyanyikannya, lagi pun message yang disampaikan adalah universal.  

Melihat kepada perkembangan dan penerimaan yang memberansangkan, seorang peminat Maher Zain merasakan perlunya sebuah kelab peminat yang mengambungkan peminat-peminat Maher Zain. Melalui kelab ini, ahli boleh bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan hubungan.

Apa kata hayati lagu Maher Zain, Insha Allah




Lirik lagu Insa Allah (God Willing) - Maher Zain

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Selamat berhibur...

100 cara meningkatkan traffic ke blog anda...

Ramai para bloger di luar sana merungut dan rasa tidak puas hati tentang blog mereka yang telah direka begitu menarik dan selalu di kemaskini dengan memasukkan cerita-cerita sensasi. Walau bagaimanapun, tidak satu orang pun yang menjenguk atau melihat-lihat blog tersebut. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh para bloger ini? hah... 100 cara meningkatkan traffic ke blog anda merupakan kompilasi berguna untuk anda bagaimana meningkatkan jumlah pengunjung ke laman web anda. Ia memang baik untuk anda yang baru berjinak-jinak menghasilkan blog peribadi  atau blog bisnes. Jumlah pengunjung yang melawat laman web anda sudah tentu menukarkan wang web kepada anda jika anda sebagai bloger bisnes dan blog anda akan popular jika anda hanya menghasilkan blog peribadi.

Kompilasi 100 cara meningkatkan traffic ke blog anda boleh dibahagikan kepada bebarapa komponen. Saya hanya menaip hanya sebahagian sahaja. sila lihat di bawah ini:

1. Blog - menggalakkan saudara meletakkan komen, blog, menulis pada buku pelawat, mengikuti karnival blog, network, tinggalkan komen di blog member.

2. Subscribers - publishkan subcribers, gunakan feedburner, buat email newsletter, terbitkan RSS feed, tawaran langanan email.

3. Content is king -

4. Linkbeits - terbitkan kuiz, terbitkan rangking manusia, terbitkan rangking website, terbitkan imej yang lucu,

5. Freebies 

6. Contest

7. multimedia

8. Social Bookmaking Sites

9. Social netwoking

10. website optimization

11. Search engine optimization

12. Mobile

13. Online forum

14. Content hubs

15. old school

16. paid method

17. offline method 

Kompilasi 100 cara meningkatkan traffic ke blog anda membicarakan secara terperinci apa yang perlu anda lakukan terhadap blog anda agar tujuan blog anda akan tercapai dengan sukses . Untuk maklumat selanjutnya sila ke 100 Ways to Increase Your Website traffic

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, tidak semua yang diterangkan dalam 100 Ways to Increase Your Website traffic itu sesuai dimasukan ke dalam blog anda. Anda boleh memilih mana yang terbaik untuk anda. jika saudara memasukkan kesemuanya, alamatnya.... blog anda terlalu berat dan sukar dibuka... 

selamat menfaatkan ilmu ini... salam damai


Ruangan Buku: 

Jaket dari syarikat levi's ini cukup elegen di pakai ke mana sahaja. klik banner untuk maklumat selanjutnya. 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More