This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 31 January 2011

Antara Belajar Hebrew dan Stigma Masyarakat...

Tengah aku mencari maklumat kat internet terbaca petikan dalam sebuah blog tentang stigma masyarakat tentang bahasa hebrew dan Yahudi. Maka sila baca petikannya dibawah. harap-harap tuan tanah benarkan....

Last weekend aku sedang browsing ke beberapa website...

Kemudian seorang rakan muda yang bijak di Facebook menulis tentang Silwan...mengingatkan aku kepada Silwan di Wadi Hilweh, sebuah perkampungan yang merupakan asas kepada Jerusalem hari ini dan dikenali sebagai City of David di kalangan Yahudi...Silwan yang merupakan sebuah kota yang pernah sampai kepadanya Khalifah Umar ibni Al-Khattab adalah di dakwa oleh Yahudi sebagai penempatan Necropolis terbesar mereka, antaranya menempatkan Tomb of The Pharaoh's Daughter....

Ada banyak sumber, kisah dan bergambar boleh korang cari lebih lanjut berkenaan Silwan atau dikenali di dalam Hebrew dengan Shiloah dan Greek menamakannya Siloam...cari sendiri...

Semasa aku dok menyelusuri (apasal bahasa aku mcm ni hari ni??) beberapa laman web bergambar Jerusalem tu, ada beberapa gambar yang ada tulisan Hebrew yang langsung aku tak tau macam mana nak baca atau apa bunyinya atau apa bentuk bacaannya...



Masa tu aku terfikir...kalau aku ditakdirkan dapat menjejakkan kaki ke bumi Palestin dan berjalan2 sekitar Jerusalem, macam mana aku nak baca semua tu....

Jadi aku nekad nak belajar Hebrew...

AKu cari punya cari, terjumpa link yang membolehkan aku belajar Hebrew Online...aku register nama dan bagi segala maklumat yang dia nak...

Dalam tak sampai dua jam dah ada orang call aku...pompuan Israel, nama Galit...jangan tanya lawa ke tak sebab aku hanya dengar suara je...so dia cerita la segala keperluan dan yuran.then dia tanya soalan cepumas..."Why you want to learn Hebrew?"...

Aku cakap, "I love learning languages. As I'm fluent in Arabic writing and speaking, I found some basics Hebrew that doesn't differ much from Arabic. Then I thought, I should learn this language.."...dia kata ok...hehe...

So aku start la belajar sikit-sikit Hebrew, mula dengan Alphabet nya yang disebut Alef-Bet...





Sebenarnya memang betul pun, tak banyak beza sangat antara Arabic dan Hebrew...kedua-duanya adalah antara 6 bahasa teras dunia yang wujud dengan warisan 6 orang anak Nabi Nuh selepas peristiwa banjir besar...Antaranya Arabic, Hebrew ('Ibrani), Sanskrit, Yunani (Greek) dan dua lagi yang aku tak pasti apa ke namanya, dah lupa belajar dulu...

Kalau korang belajar Arab, abjad dalam Bahasa Arab mengikut perkiraan jumlah angkanya ialah bukan Alif Ba Ta...tetapi macam ni..:


Oh ya, dari angka-angka ini lah datangnya
786 yang selalu nampak kat kedai Mamak tu...
786 ialah jumlah huruf dalam Bismillahir Rahmaanir Rahim...
tak percaya cuba kira...

Perhati dan bandingkan dengan Alef-Bet Hebrew tadi...nak sama kan...

Perkataan-perkataan dalam Hebrew jugak banyak yang seakan sama dalam Bahasa Arab...sebagai contoh :

MelayuArabicHebrew

Langit  Samaa' سماءשָׁמַיִם - šāmayim

Soalanسؤال - Su'alשְׁאֵלָה - Še’ēlāh

satuواحد - waahidאֶחָד - ehād


Cukup la tiga...jenuh aku nak taip tau...

Hari pun nak sama sebutan antara Arab dan Hebrew...

Persoalan timbul dalam benak aku...kenapa sesetengah orang kita bila kita sebut Bahasa Hebrew je kita kaitkan dengan perkara tak elok...

Banyak email, sms dan petikan dalam status Facebook menyebarkan beberapa perkataan yang kononnya di ambil dari Bahasa Yahudi dan mempunyai makna yang mengelirukan...

Bila aku fikir-fikir balik, salah ka kalau kita guna perkataan dalam Hebrew? Kalau kita tengok, orang putih tu dia berdakwah guna English...sebab semua orang sana cakap English takkan dia nak cakap Arab (atau Melayu)...kat Malaysia, ustaz-ustaz kita guna Bahasa Melayu sebab dah kita semua cakap Melayu...

Semua bahasa mempunyai perkataan yang elok dan tidak elok...hatta Bahasa Arab sekalipun ada maki hamun nya...nak tau macam mana maki...aku dulu buat, masa 1st year, aku lalu kat pekan dan aku sepak bontot budak dalam umur 8 tahun kot tengah main bola...sebab nak dengar dia maki aku...memang dia maki...aku panggil dan tanya apa maknanya, dia bagitau...aku cakap terima kasih....hahahaha....mesti dia kata dia ni gila kot...

Harap-harap nya takde la sesapa nak marah aku belajar Hebrew...oh ya, dan satu lagi tujuan aku belajar Hebrew ialah, mana la nak tahu kan, nak dijadikan rezeki, kot-kot la pihak yang ajar online ni nak jemput aku pergi ambik sijil ke apa ka...boleh la aku jejakkan kaki ke Baitul Muqaddis...bukan boleh saja-saja kita nak pi sana...kan...

Sebelum terlupa...perkataan "Walla.." yang selalu kita gunakan untuk gambarkan sesuatu yang excited, berasal dari Hebrew yang bermaksud (Wow..!!; Really.?!) dan jugak Arabic yang merupakan perkataan (والله ) - satu bentuk Qasam atau sumpah berbentuk soalan menunjukkan "Really??"...apa nak dikata...


 Sumber:  http://azharshafie.blogspot.com/2010/11/antara-belajar-hebrew-dan-stigma.html

 Sebuah kamus Hebrew-English elektronik, mudah dibawah ke mana sahaja. Aplikasi yang lengkap dan cepat. klik pada banner untuk maklumat selanjutnya. harga best price RM377.96 manakala buy new RM551.95 ($1.00 - 3.50**)



**tertakluk kepada perubahan pasaran matawang dunia

Perkataan hari ini - alatan dalam rumah

Pada hari ini akan diterangkan alat-alat yang selalu digunakan di dalam rumah. Oleh yang demikian jika saudara/ saudari memakai alat tersebut maka cuba ingat apakah nama alat-alat itu dalam bahasa Ibrani. Jangan lupa juga sila buat catatan dalam buku nota agar bila-bila masa kalian boleh membuat latihan pembacaan. Mari kita mulakan.

1. Mazgan - penyaman udara
2. Ambatya - tab mandi
3. Mita - katil 
4. Kise - kerusi
5. Kupat tsdaka - Charity box
6. Aron - closet
7. Me'yabesh kuisa - pengering kain/cloths dryes
8. Machsher - Computer
9. Vionot - langsir jendela
10. delet - pintu
11. Sheka - electric outlet
12. tsiyur - lukisan
13. Karit - bantal
14. tsemach - plant/tumbuhan
15. Sha'lat rachok - remote control/ alat kawalan jauh
16. Shati'ach - rug
17. Me'chonat tfira - mesin jahit
18. Sapa- sofa
19. Madrigot - stairs / tangga
20 Shilchan - meja
21. telefon - telefon
22. Televizia - televisyen 
23. Sho'ev avak - vecuum mesin
24. Me'chonat kvisa - mesin basuh
25. Chalon - jendela

Terima kasih di atas kesabaran kalian untuk membaca.

Perkataan hari ini - buah-buahan

Shalom/salam semua

Hari ini saya akan menerangkan kepada anda tentang ucapan bahasa Ibrani tentang buah-buahan. Jom mula

1. Tepu'ach (ets) - תַּפּוּח עֵץ - apple (tav, pey, vav, chet, ayin, sade sofit)

2. Tepu'chim -  תַּפּוּח ים - apples [pl] (tav, pey,vav,chet, yod, mem sofit)

3. Banana - בָּנָנַה - Pisang (bet, nun, nun, hey)

4. bananot - בָּנָנוֹת - pisang [pl] (bet, nun, nun, vav, tav)

5. Duvde'van - דוּבְדְּבָן - cheri (dalet, vav, vet,nun sofit)

6. Duvde'vanim - דוּבְדְּבִים - cheri [pl] (dalet, vav, vet, yod, mem sofit)

7. Tamar - תָּמָר - Kurma (tav,mem, resh)

8. T'marim - תָּמָרִים - kurma [pl] (tav, mem, resh, yod, mem sofit)

9. Eshkolit - אֶשְׁכּוֹלִית - grapefruit (alef, shin, kaf, vav, lamed, yod, tav)

10. Eshkoliyot - אֶשְׁכּוֹלִיוֹת - grapefruit [pl] (alef, shin, kaf, vav, lamed, yod, vav, tav)

11. Limon - לִימוֹן - lemon (lamde, yod, mem, vav, nun sofit

12. Limonim - לִימוֹנִים - lemon [pl] (lamed, yod, mem, vav, nun, yod, mem sofit)

13. Tapuz - תַּפּוּז - orange (tav, pey, vav, zayin)

14. Tapuzim - תַּפּוּזִים - oranges [pl] (tav, pey, vav, zayin, yod, mem sofit)

15. Afersek - אֲפַרְסֵק - peach (alef, pey, resh, samech, kof)

16. Afersekim - אֲפַרְסֵקִים - peachs [pl] (alef, pey, resh, samech, kof yod, mem sofit)

17. A'gas - אַגָּס - pear (alef, gimmal, samech)

18. a'gasim - אַגָּסִים - pears [pl] (alef, gimmal, samech, yod, mem sofit)

19. Ananas - אֲנָנָס - nenas

20. Tut (sade) - תּוּתּ שָׂדֶה - strawbari (tav,vav, tav, shin, dalet, hey)

21. Tutim - תּוּתִים - strawbari [pl] (tav, vav, tav, yod, mem sofit)

22. Avati'ach - אֲבַטִּיחַ - tembikar (alef, vet, tet, yod, hey)


Nota:
(pl) adalah singkatan bagi plural.


Ulangkaji nequdot:

Kalian perlu tahu membezakan yang mana konsonon dan mana vokal. berikut adalah konsonan vav dan vokal vav: 

1. Huruf  ו (vav) konsonon tanpa tanda baca/titik/nequdot. Maka huruf tersebut membawa kepada huruf v dalam tulisan roman.


2. huruf  וּ  (sureq vav) adalah vokal yang membawa kepada huruf u dalam tulisan roman. Huruf ini mesti berganding dengan huruf alef atau ayin bagi membentuk huruf o. Contoh  אוּ atau ﬠוּ. Boleh rujuk perkataan di atas.

3. Huruf  וֹ (cholam vav) adalah vokal yang membawa kepada huruf o dalam tulisan roman. Huruf ini mesti berganding dengan huruf alef atau ayin bagi membentuk huruf o. Contoh  אוֹ  atau  ﬠוֹ. Boleh rujuk perkataan di atas.

Klik pada video di bawah untuk mendengar sebutan yang betul:




Ringkasan Buku: Jewish educational Toys


Permainan Bingo dalam alefbet. Mudah dan praktikal. Sesuai kepada kanak-kanak 12 ke-bawah. Boleh dibeli secara online di Amazon.com, klik banner di sebelah untuk maklumat lanjut. Harga best price RM51.63 manakala buy new RM69.82 
($1.00 - RM3.50**)




**Tertakluk kepada perubahan pasaran matawang dunia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More