Tuesday 15 February 2011

Tanda Baca Sheva/shv

Shalom 'aleichem ve' Assalamualaikum Wahrahmatullah

Mah hamatsav ya chaverim sheli? (Apa khabar sahabat-sahabat saya?). Bertemu kembali dalam kuliah pada kali ini di mana kita akan membincangkan mengenai sheva/shva. Apakah itu sheva?, Sheva adalah salah satu tanda baca yang terdapat dalam tulisan Ibrani bagi memudahkan membacaan teks, kitab atau makalah-makalah dalam bahasa Ibrani di mana lebih tepat dikatakan sebagai sebuah tanda baca terletak di bawah sebarang huruf yang tidak mempunyai vokal. Sheva secara langsung berkesan untuk membahagikan perkataan Ibrani kepada suku kata. 

Tanda baca sheva seperti titik dua bertindih seperti ini ( ְ ). Ia dinamakan tanda baca sheva manakala bunyi pula lebih kepada huruf E jika ianya mewakili vokal dan tidak berbunyi jika ia silent atau mati (bukan mati dicabut roh ya). Literasi kepada huruf E atau none.

Sheva mungkin vokal atau "mati" atau dalam bahasa Englishnya adalah silent di mana:

1. Vokal sheva (Sheva na atau sheva bergerak) mewakili bunyi huruf tanpa vokal. Biasanya ia diterjemahkan vokal sebagai "e".

2. The silent sheva atau sheva mati ialah digunakan untuk memperlengkap tempat berhenti pada suku kata. Sheva jenis ini Tidak boleh terjemah.
Terdapat empat kes apabila sheva ialah vokal iaitu:

1. Apabila permulaan perkataan

contoh perkataan:  בְ  רָ  כָ  ה   ,
                                kha   -    ra  -   be

2. Apabila sheva bergandingan

contoh perkataan:  מִ  שְׁ  פְּ  טֵי ,
                               tei  -   pe   -  mish


3. Apabila di bawah huruf dagesh

contoh perkataan:   הַ  מְ  לָ  נִי  ם ,
                                   nim   -  la -  me - ham

4. Apabila diikuti oleh vokal panjang

contoh perkataan:  כּׁ  תְ  בִי  ם .
                                  vim    -  te    - ko

Walaubagaimana pun, tanda baca sheva dan jenis-jenis tanda baca yang lain tidak terdapat pada tulisan Ibrani modern. Bagi kaum Yahudi, mereka boleh membaca tulisan Ibrani tanpa menggunakan tanda baca atau lebih dikenali sebagai niqud aka nequdot ini. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak mempelajari bahasa Ibrani elok sekirannya menguasai dahulu niqudot dalam pembacaan sebelum mempelajari pembacaan bahasa Ibrani tanpa nequdot.

Selamat belajar... jumpa lagi pada kuliah akan datang


Ruangan buku

Merupakan buku yang diterbitkan oleh Val kilmer, Ralph Fiennes dll. Sangat sesuai untuk mereka yang baru memulakan pembelajaran bahasa Ibrani. Maklumat lanjut boleh klik : The Prince of Egypt

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More