Friday 4 February 2011

Rakyat menimbulkan Protes di Mesir

Pemuda Mesir menggunakan Twitter dan Facebook dan pelbagai macam jenis komunikasi, puluhan ribu pemuda-pemuda dan perempuan turun ke jalan-jalan di Mesir serta berkumpul untuk memprotes rejim Mubarak. Dua puluh ribu orang berhimpun di Cairo’s Tahrir square. Mereka juga melakukan protes di Suez, Fayoum, Ismailia, Kafr el-Sheikh, Bultim, Mahallah, Mansour dan bandar-bandar dari Alexandria di Utara ke Aswan di Selatan. Tidak pernah berlaku demonstarsai besar-besaran  di Mesir selama 30 tahun sebelum ini. 

Kerajaan regim Hosni Mubarak telah memberi amaran kepada pemimpin dari beberapa parti politik Mesir untuk tidak terlibat dalam menghasut, melibatkan diri dalam demonstrasi, memberi dokongan kepada demonstrasi di jalan-jalan.  Para pemimpin mematuhi arahan tersebut namun orang awam tidak mempedulikan arahan ini. Misalnya, Mufti Mesir mengeluarkan fatwa melarang penyertai rusuhan tersebut tapi ternyata Muslim tidak mengendahkannya, sama kes dengan pihak gereja melarang anggotanya untuk menyertai demonstrasi ini namun puak Kristian koptik juga ternyata tidak mempedulikannya. Ikhwanul Muslimin sebuah parti pembangkang yang banyak menerima tekanan dari pihak Mubarak juga menolak untuk menyokong demonstrasi ini, walau bagaimanapun 150 ahli tersebut dating berdemo. Kerajaan mendakwa bahawa mereka telah memenjarakan ahli tersebut kerana terlibat dalam rusuhan ini.  Sepanjang pemerintahan Mubarak, Mubarak telah meningkatkan propaganda "fundamentalisme Islam" untuk menakut-nakutkan kuasa Barat dari menyokongnya.

Walaupun diberikan amaran, pemuda Mesir tetap juga melakukan aksi protes di jalan-jalan malah mampu menjangkau ribuan orang. Mereka menuntut perubahan bukan sebagai ketaatan kepada parti, bukan sebagai ahli NGO, dan tentu saja bukan sebagai Muslim atau Kristian tetapi sebagai rakyat Mesir  yang inginkan perubahan pada polisi negara. Rusuhan ini bukanlah didorong  oleh ideologi semata-mata dan jelas sekali bukan dari inspirasi agama. Hal ini berkaitan dengan kemanusiaan dan nasionalis.

Mereka yang terlibat menganjurkan rusuhan ini adalah mereka yang mempunyai capaian internet di mana Kelas Sosial Remaja Mesir membuat pertemuan di jalan-jalan iaitu Mahasiswa dari elit Amerika, Jerman dan Inggeris Universities of Cairo, Mereka mencetuskan agar rakyat Mesir bangun untuk mempertahankan hak-hak mereka agar keadaan dapat dikembalikan dengan harmoni dan aman.

Apakah yang mendorong rakyat mesir melakukan aksi protes? Pengamat ekonomi Russia, Georgi Miski, pengamat senior lembaga Ekonomi Dunia dan Hubungan Antarabangsa Akademi Sains Rusia berkata “ Mesir mempunyai ramai yang berpendapatan rendah dan hidup di kota-kota besar, juga banyak yang tidak memiliki pekerjaan sesuai, menyaksikan vila-vila, mobel mewah. Mereka inilah yang menimbulkan ledakan kemarahan.” Sebenarnya masalah ini sudah lama berlaku di Mesir tanpa di ambil berat oleh Hosni Mubarak sehinggakan berlaku protes secara besar-besaran dengan slogan mahukan Hosni  berundur dari jawatannya. Ditambah lagi dengan isu rasuah yang sangat kritikal di kalangan elit Mesir.

Saranan oleh Ketua Kesatuan Cendekiawan Antarabangsa Muslim, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi di mana meminta Presiden Mesir untuk berundur secara baik sebelum berlaku apa-apa kesan ke atas negara itu seperti mana berlaku ke atas presiden Tunisia, Zine El-Abidine Ben Ali. Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Rakyat Mesir telah menolak Mubarak maka tidak ada alasan Mubarak untuk bertahan sehingga kini. Seruan ulama tertinggi ini mengambarkan bahawa tidak ada jalan pintas Mubarak untuk mempertahankan kerusi presidennya. 

Diharap pada masa akan datang negara ini akan menjadi lebih baik dari segi ekonomi dan sosialnya. 




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More