Assalamualaikum/Shalom 'aleichem...
Ada banyak sebab untuk mempelajari bahasa Hebrew ini, salah satunya adalah memudahkan kita untuk membaca tulisan Hebrew di mana-mana termasuklah buku-buku ilmiah, surat khabar, atau pun sumber online. Juga mudah sekirannya kita menyebut dan menulis dalam bahasa Ibrani jika dapat menguasainya.
Bahasa Ibrani/Hebrew merupakan bahasa yang dituturkan oleh kaum Yahudi (יהודים) di serata dunia. Bahasa ini adalah tergolong dalam rumpun Semitic seangkatan dengan bahasa Arab, Aramic dan Tigriya.
Alefbet adalah abjad Ibrani yang mengandungi 22 huruf. Tidak seperti tulisan dalam bahasa English, tulisan Ibrani ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri. Tulisan Ibrani ini juga sedikit berbeza dengan tulisan Arab di mana Ianya tidak bersambung. Sedikit latar belakang Tulisan Ibrani/Hebrew di mana berasal dari tulisan Proto-Canaanite.
Bahasa Ibrani menyebut alefbet pada abjad kerana ianya huruf pertama dan kedua dalam bahasa Ibrani iaitu alef dan bet. Jadual di bawah adalah huruf Ibrani yang di baca dari kanan ke kiri. Saudara boleh klik sini untuk mendengar sebutan setiap huruf tersebut.
Tulisan Ibrani serta bunyi huruf. Dibaca dari kanan ke kiri.
Dalam bahasa Ibrani terdapat lima huruf yang akan bertukar tulisan hurufnya jika berada pada akhir perkataan, namun sebutannya tetap sama. Ia dikenali sebagai huruf akhir atau sofit dalam bahasa Ibrani. Antara huruf tersebut adalah seperti di bawah ialah:
Bahasa Ibrani modern sebenarnya tidak mempunyai tanda baca atau lebih tepat dikenali sebagai Nequdot. Tanda baca atau nequdot hanya terdapat pada kitab, buku-buku agama dan kerohanian dalam agama yahudi. Berikut adalah vokal atau dikenali sebagi nikkud (nequdot) bagi memudahkan bacaan.
Namun saya tidak menyentuh nequdot secara terperinci disini kerana ianya hanya untuk pengenalan kepada pembaca sekalian. Saya akan memberikan penerangan nequdot ini pada post akan datang. Kepada saudara/saudari yang berminat mempelajari bahasa ini, semestinya menguasai huruf di atas terlebih dahulu. Ini adalah kunci utama untuk memulakan pembelajaran bahasa Ibrani.
Sedikit petua untuk cepat menghafal huruf ini adalah tetapkan jumlah huruf yang hendak dihafal dalam masa sehari. Saudara boleh hafal 2 huruf dalam satu hari atau lebih. Ini bergantung kepada saudara juga. Sentiasa membiasakan tangan untuk menulis huruf-huruf ini kerana jika hanya hafal sebutan tetapi tidak mengetahui cara tulisan dengan betul. Maka ianya satu kepincangan dan menimbulkan masalah untuk menguasai tulisan tersebut.
Saudara juga boleh menyediakan sebuah notebook bagi menghimpunkan apa-apa perkataan atau ayat bahasa Ibrani yang diketahui untuk dimasukkan ke dalam notebook tersebut. Ini memudahkan saudara membuat rujukan pada masa akan datang. Lebih elok sekiranya perkataan di susun mengikut abjad. Oleh kerana agak sukar mendapatkan kamus Ibrani-English, maka inilah satu-satunya cara yang sesuai untuk mempelajari bahasa ini melainkan saudara memiliki kamus tersebut.
Terima kasih di atas kesudian saudara/saudari meluangkan masa menjenguk blog ini. Semoga ianya dapat membantu saudara bagi mendalami lagi bahasa ini.
Ruangan buku/kamus/cd
Sebuah buku yang baik untuk mempelajari bahasa Ibrani secara santai di rumah. Mudah dan praktikal serta mudah difahami. Boleh di beli secara online di Amazon.com. Harga best price RM30.52 manakala buy new RM48.33. ($1.00 - RM3.50**)
**Tertakluk kepada perubahan matawang dunia.
6 comments:
Tulisan Ibrani memang agak sulit karna jarang dipakai selain di Israel
BAHASA GIBRO ADALAH BAHASA YANG DI GUNAKAN BANGSA YAHUDI,BANGSA TERLICIK DI DUNIA
Gila
Pngen bljr susah bnget sich😅 kl di lihat2 keknya 11.12 sm bhsa arab
aku akui aku orang yang terlicik di dunia... mektavav
Post a Comment