Monday 13 December 2010

Ucapan Lazim ketiga

Cuba perhatikan kata tanya yang diberikan di bawah ini, saudara bolehlah cuba untuk menyebut dengan betul. ianya mudah dan senang.

1. Apa - מה - iaitu huruf mem dan hey, bunyi perkataan ini adalah mah.  

2. Siapa - מי  - iaitu huruf mem dan yod, bunyi perkataan adalah me/mi.  

3. Bagaimana - איך - iaitu huruf alef, yod dan khaf sofit, bunyi perkataan adalah eich/ekh.  

4. Di mana -  איפה  - iaitu huruf alef, yod, fey dan hey, bunyi perkataan adalah e-fo  

5. Kenapa - למה - iaitu huruf lamed, mem dan hey, bunyi perkataan adalah lama.

Cuba kita buat ayat berdasarkan kepada kata tanya di atas berhubung dengan ucapan/greeting dalam bahasa Ibrani modern.

    1. Perkataan bagi apa/ מה 

    a. Mah Shelomcha? Apa khabar? (untuk Lelaki)  
    b. Mah shelomech? Apa khabar? (untuk Perempuan)    
    c. Saya tidak letakkan bersama tulisan Ibrani kerana ianya telah diajar dalam post sebelum ini, saudara boleh rujuk pada post berkenaan dalam tajuk "Ucapan Lazim Kedua".

    2. Perkataan bagi siapa/ מי :

      a. Mi ata? Siapa awak?  מי אתה (untuk lelaki)  
      b. Mi at?  Siapa awak? מי את (untuk perempuan) 

      3. Perkataan bagi bagaimana/ איך :

        a. ech kore'em lecha? How they do call you? איך קוראים לך  (untuk lelaki)  
        b. Ech kor'em lach? How they do call you? איך קוראים לך  (untuk perempuan)  
        c. Perlu diingat bahawa tulisan Ibrani adalah sama cuma yang membezakan sebutan bunyi adalah tanda baca/nequdot.

        4. Perkataan bagi di mana/ איפה:

          a. Me e-foo ata? Awak dari mana? מאיפה אתה (untuk lelaki)  
          b. Mi e-foo at? Awak dari mana? מאיפה את (untuk perempuan) 
          c. Huruf mem dengan sebutan me/mi bermaksud dari...

            Nota: Peringatan kepada para pembaca, huruf 'ch' perlu dibunyikan seperti 'kh'.

            Sila klik video ini untuk mengetahui cara sebutan dengan betul.











            Sebuah cd yang boleh dimiliki  untuk memudahkan pembelajaran di rumah tanpa ganguan. Sesuai untuk semua peringkat umur.

            2 comments:

            wow...akhirnya berjumpa dengan orang Malaysia yang pandai Hebrew...saya masih baru mula nak kenal huruf saja..bagus, saya akan terus ikuti blog ni...Terima kasih.

            Salam, Sama-samalah kita belajar.. saya pun masih dalam tempoh menghafal abjad.

            Post a Comment

            Share

            Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More