Friday 17 December 2010

Tanda baca/ nequdot / vokal I

Vokal Jenis I dalam bahasa atau tulisan Ibrani/hebrew ini hanya boleh digolongkan kepada dua sahaja iaitu Chireq dan chireq yod. 

1. ' אִ ' - adalah huruf alef bertanda nequdot dibawah huruf dikenali sebagai vokal jenis I chireq. Bunyi adalah 'ee' seperti dalam perkataan ikan dan literasi adalah huruf i. Mempunyai bunyi pendek.  

2. ' אִי ' - adalah huruf alef bertanda nequdot dibawah huruf dan huruf yod pada sebelah kiri huruf dikenali sebagai chireq yod. huruf yod di sini bukanlah konsonan tetapi bertukar kepada konsonan vokal. bunyi adalah 'ee' seperti dalam perkataan ikan dan literasi huruf i. Mempunyai bunyi panjang.  

3. Perlu diingat bahawa setiap konsonan huruf Ibrani boleh sahaja atau terdapat tanda baca vokal I ini termasuklah huruf Bet, Gimmel, vav dan sebagainya.

Cuba sebutkan perkataan di bawah dan buat latihan demi latihan sehingga mampu menyebutnya dengan cara yang betul. 

1. ' אִ '       - 'i     
2. ' אִי '      - 'i    (sebut panjang)  
3. ' בִּ '       - bi  
4. ' בִּי '      - bi   (sebut panjang)  
5. ' בִ '       - vi  
6. ' בִי '      - vi   (sebut panjang)  
7. ' גִ '       - gi  
8. ' גִי '       - gi   (sebut panjang)  
9. ' הִ '      - hi  
10. ' הִי '     - hi   (sebut panjang)

Latihan untuk satu suku kata,
      1. ' כִּי ' - ki  
      2. ' לִי ' - li  
      3. ' מִי ' - mi  
      4. ' מִן ' - min  
      5. ' אִם ' - 'im  
      6. ' פִי ' - fi  
      7. ' אִישׁ ' - 'ish  
      8. ' רִיב ' - riv  
      9. ' עִם ' - 'im  
      10. ' זִו ' -ziv

      Latihan untuk dua suku kata 

      1. ' מִבִּן ' - mib-bin  
      2. ' מִמִי ' - mi-mi  
      3. ' נִסִי ' - ni-si  
      4. ' מִגַן ' - mi-gan

      Untuk latihan selanjutnya, cuba kita tulis perkataan Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Ibrani/hebrew 

      1. Ikan  -  ' אִכַן '  iaitu i  + ka  + n ( ikan dalam bahasa Ibrani ialah Dag ' דג ')  

      2. Dunia  - ' דוּנִיא ' iaitu du  + ni  +  a ( Dunia dalam bahasa Ibrani O'lam ' עוֹלם ' )  

      3. itik  - ' אִטִיך ' iaitu   i  +  ti  +  k  ( Itik dalam bahasa Ibrani barvas  בּרבס  )  

      4. Tidak  - ' תִדאכ '  iaitu ti  +  dak (tidak dalam bahasa Ibrani lo ' לא)

      Vokal I tidak lah banyak yang perlu di terangkan di sini, memadai jika saudara/saudari memahami 2 jenis vokal I iaitu chireq (pendek) dan chireq yod (panjang). Serta mengingati simbol chireq ( לִ ) dan chireq yod ( לִי ).  Peringatan: Huruf lamed tidak termasuk dalam vokal I.

      Semoga kalian mampu mengingati vokal ini serta cuba cari perkataan Ibrani yang menggunakan vokal I dan baca perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Selamat maju jaya

          0 comments:

          Post a Comment

          Share

          Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More