Saturday 11 December 2010

Ucapan Lazim



Salam dan selamat pagi...

Apa khabar saudara, diharapkan saudara/saudari sihat senantiasa dan dapat melakukan rutin harian dengan penuh kegembiraan.

Hari ini saya akan menerangkan serbah sedikit ucapan lazim yang digunakan oleh kaum Yahudi dalam petuturan seharian. Ucapan-ucapan ini selalunya dituturkan kepada sahabat handai atau dalam komuniti mereka. 

Ucapan lazim dalam bahasa Ibrani/hebrew (abjad Ibrani baca dari kanan ke kiri. 


1. Boker tov (בּקֶר טוֹב) bermaksud selamat pagi. Huruf Ibraninya adalah Bet, kaf, resh (בּקֶר) dan tet, vav, vet  (טוֹב).  Dan untuk menjawap ucapan tersebut jawaplah Boker or (בּקֶר אוֹר) yang bermaksud selamat pagi kembali. Huruf Ibraninya adalah bet, kaf, resh (בּקֶר) dan alef, vav, resh (אוֹר).   


2. Tsahorayim tovim (צהריים טובים) bermaksud selamat tengah hari. Huruf Ibraninya adalah tsadi, hey, yod, yod, mem sofit (צהריים) dan tet, vav, bet, yod, mem sofit (טובים). Untuk menjawap ucapan tersebut jawaplah Tsahorayim or (צהריים אור) iaitu bermaksud selamat tengah hari kembali. Huruf Ibraninya adalah tsadi, hey, resh, yod, yod, mem sofit (צהריים) dan alef, vav, resh (אור).  


3. Erev tov (עֶרֶב טוב) pula bermaksud selamat petang dan terdiri dari huruf ayin, resh, vet (עֶרֶב) dan tet, vav, vet (טוב). Saudara boleh menjawapnya dengan Erev or (עֶרֶב אור) yang bermaksud selamat petang kembali. Erev or mengandungi huruf ayin, resh, vet (עֶרֶב) dan alef, vav, resh (אור).  


4. Laila tov (לילה טוב) maksudnya selamat malam, laila adalah bermaksud malam iaitu sama dengan maksud dalam bahasa Arab. Huruf Ibraninya adalah lamed, yod, lamed, hey (לילה) dan tet, vav, vet (טוב). Bagaimana pula untuk menjawap kembali ucapan ini?. Senang sahaja iaitu laila or (לילה אור) iaitu lamed, yod, lamed, hey (לילה) dan alef, vav, resh (אור).  


5. Lehitra'ot (להתראות) bermaksud selamat tinggal iaitu hurufnya adalah lamed, hey, tav, resh, alef, vav, tav. 
Ini adalah ucapan lazim yang boleh kita hafal sementara kita sendiri menambah perkataan demi perkataan dari masa ke semasa. Diharap ianya boleh membantu saudara/saudari untuk membuat sedikit latihan sama ada dari segi sebutan dan juga tulisan. Akhir kata, belajar demi untuk ilmu dan keamanan... 


Contoh perbualan ringkas untuk Boker tov (selamat pagi):

David:   בּקר טוב משה  
Musa:   בּקר אור דוד             
David: Boker tov, Musa
Musa: Boker or, David
David: Selamat pagi, Musa.
Musa: Selamat pagi kembali/juga.

Contoh perbualan bagi Tsahorayim tovim (selamat tengahari):
David:  צהריים טובים משה           
Musa:   צהריים טוב דוד          
David: Tsahorayim tovim Musa.
Musa: Tsahorayim tov David.
David: Selamat tengahari Musa.
Musa: Selamat tengahari kembali/juga, David.

Contoh perbualan ringkas untuk erev tov (selamat petang):
David: ערב טוב םשה  
Musa: ערב אור דוד   
David: Erev tov, Musa.
Musa: Erev or, David.
David: Selamat petang, Musa
Musa: Selamat petang kembali/juga, David

Contoh perbualan ringkas untuk laila tov (selamat malam):
David: לילה טוב םשה    
Musa:  לילה אוב דוד   
David: Laila tov, Musa
Musa: Laila or, David
David: Selamat malam, Musa
Musa: Selamat Malam kembali/juga, Musa


Nota: David = dalet, vav, dalet
          Musa/Moses = mem, shin, hey

Lehitra'ot  / jumpa lagi pada tutorial yang akan datang.


Ruangan buku/kamus/cd





Listen and learn Hebrew book adalah buku yang sesuai untuk memulakan pembelajaran dengan perkataan dan ayat mudah. Boleh di beli secara online di Amazon.com dan sila klik pada banner untuk maklumat lanjut. Harga best price RM39.51 manakala buy new tiada. ($1.00 - RM3.50**)






**Tertakluk kepada perubahan pasaran matawang dunia.




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More