Monday 13 December 2010

Ucapan Lazim Kedua

Selamat petang para pembaca sekalian...

Semoga kalian berada dalam keadaan sihat hendaknya dan bergembira bersama keluarga dan teman-teman. Hilangkan segala gunda gulana dan titipkan hidup ini dengan penuh kesedarhanaan.

Ucapan lazim kali ini kita akan membincangkan berkait dengan ucapan salam, apa khabar feminin dan maskulin, dan sebagainya. Sila baca artikel di bawah dan cuba menyebutnya dalam bahasa Ibrani. Semoga dengan usaha saudara untuk mempelajari bahasa Ibrani ini membolehkan saudara sekalian mampu menguasai bahasa asing selain bahasa ibunda anda. Perlu diingat bahawa saudara perlu membaca huruf/abjad Ibrani dari kanan ke kiri. Selamat belajar!!!


1. Shalom - (שלום) iaitu huruf Ibraninya adalah Shin, lamed, vav dan mem sofit. Shalom membawa maksud Hello, hai atau hi.   


2. Mah sh'lomcha (untuk lelaki) - (מַה שְּׁלוֹמְךָ) bermaksud Apa khabar?. Huruf Ibraninya terdiri daripada mem, hey (מַה) dan shin, lamed, vav, mem, khaf sofit (שְּׁלוֹמְךָ). Untuk menjawapnya pula ucaplah perkataan Ani beseder, toda, vee'ata? (אני בסדר תודה ואתה) yang membawa maksud saya sihat, terima kasih, dan awak pula?. terdiri daripada huruf alef, nun, yod (אני) maksudnya saya. Bet, samech, dalet, resh (בסדר) bermakna sihat. Tet, vav, dalet dan hey (תודה) yang membawa makna terima kasih. Vav, alef, tet, dan het (ואתה) maksudnya dan awak?.  


3. Mah sh'lomech (untuk perempuan) - (מַה שְּׁלוֹמֵךְ) bermaksud apa khabar?. Terdiri dari huruf mem, hey (מַה) dan shin, lamed, vav, mem, khaf sofit (שְּׁלוֹמֵךְ). Untuk mejawapnya pula adalah Ani beseder, toda, vee'at? (אני בסדר תודה ואת) bermaksud saya sihat terima kasih dan awak?. Tulisan untuk apa khabar bagi lelaki dan perempuan adalah sama namun yab membezakannya adalah tanda baris atau nequdot.
Lihat perbualan ringkas di bawah bagi memudahkan pemahaman kalian:

Maskulin
David: Shalom!
Musa: Shalom!
David: Mah shelomcha?
Musa: Ani beseder, toda, vee'ata?
David: Ani beseder, toda.

Feminin
Mary: Shalom!
Mariam: Shalom!
Mary: Mah shelomech?
Mariam: Ani beseder, toda, vee'at?

Nota: Perlu diingat bahawa terdapat kata nama yang berbeza digunakan untuk lelaki dan perempuan iaitu 


1. Ata - lelaki  
2. At - perempuan  


Sila klik video ini untuk mengetahui cara sebutan yang betul.
Selamat belajar dan lehitra'ot. 

Sebuah buku yang amat menarik untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Ibrani. Klik banner di bawah:







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More