Salam dan Selamat Petang...
Kali ini kita akan lihat apakah sebutan dan tulisan bagi warna-warna dalam bahasa Ibrani. Pernahkah anda terfikir jika warna-warna ini tidak ada dalam dunia?. Rasanya kehidupan kita tidaklah seindah sekarang. Betul tak?.
Baiklah cuba lihat dengan teliti cara sebutan dalam tulisan Roman dan juga tulisan Ibrani di bawah:
1. Warna-warna (pelbagai warna) disebut sebagai Tseva'im (צְבָעִים) lima huruf Ibrani iaitu tsadi, vet, ayin, yod dan mem sofit. Perkataan ini adalah dalam bentuk plural/jamak.
2. Keduanya adalah Shachor (שחוֹר) yang bermaksud hitam (black). Terdiri dari huruf shin, chet, vav dan resh.
3. Khachol (כָחוֹל) pula adalah yang ketiga bermaksud biru dan dimulai dengan huruf khaf, chet, vav dan lamed.
4. Keempat, Chum (חוּם) bermaksud perang (brown). Huruf Ibraninya adalah chet, vav, mem sofit.
5. Kelima, Afor (אָפוֹר) di mana ayat ini membawa maksud gray iaitu mempunyai huruf alef, fey, vav dan resh.
6. Yaruq (יָרוֹק) pula bermaksud Hijau (Green) dan huruf Ibraninya adalah yod, resh, vav dan qaf.
7. Katom (כָּתוֹם) membawa maksud warna Orange. dimulai dengan huruf kaf, tav, vav dan mem sofit.
8. Varod (וָרוֹד) pula bermaksud sebagai merah jambu (pink). Hurufnya adalah vav, resh, vav dan dalet.
9. Sagol (סָגול) bermaksud ungu dan dimulai dengan huruf samech, gimmel, vav dan lamed.
10. Adom (אָדום) pula membawa makna sebagai merah (red). Huruf Ibraninya adalah alef, dalet, vav dan mem sofit.
11. Lavan (לָבָן ) iaitu warna putih (white). lamed, vet dan nun sofit adalah tulisannya dalam bahasa Ibrani.
12. Tsahov (צָהוֹב) di mana bermaksud kuning (yellow). Huruf Ibraninya adalah tsadi, hey, vav dan vet.
Sekarang lihat perbualan ringkas di bawah untuk kita menguatkan lagi pemahaman dan pembelajaran kita.

Tulisan Roman:
David: Boker tov
Musa: Boker or
David: Ani ohev tseva'im yaruk vee'shachor. Vee'ata?
Musa: Gam ani.
Maksud dalam Bahasa Melayu:
David: Selamat pagi
Musa: Selamat pagi kembali.
David: Saya suka warna-warna hijau dan hitam. dan awak?
Musa: Saya juga.
Tulisan hebrew/Ibrani:
David: בקר טוב
Musa: בקר אור
David: אני אוהב צבעים ירוק ושחור ואתה
Musa: גם אני
Lehitra'ot
Disyorkan saudara/saudari mempunyai sebuah buku untuk mempelajari huruf-huruf Ibrani dengan mudah. klik banner di bawah untuk info selanjutnya. Harga best price RM27.12 manakala buy new RM40.77 ($1.00 - RM3.50**)
**tertakluk kepada perubahan matawang dunia

0 comments:
Post a Comment