Sunday 19 December 2010

Tanda Baca/neqodut vokal U

Vokal U boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Qibbutz dan Shureq. Kedua-dua vokal ini adalah mempunyai bunyi yang sama iaitu u.

1. ' אֻ ' - adalah huruf alef bertitik di bawah huruf dikenali sebagai qibbutz. bunyi adalah u seperti dalam perkataan rukun. Literasi huruf u dan mempunyai bunyi pendek/harkaat pendek.  

2. ' אוּ ' - adalah huruf alef bertanda vav bertitik di tengah dikenali sebagai shureq. bunyi adalah u seperti dalam perkataan rukun. Leterasi huruf u dan mempunyai bunyi panjang/harkaat panjang.  

3. Perhatian: Jika vav bertitik di tengah maka ianya adalah vokal U manakala jika vav bertitik di atas ia adalah vokal O. Kadang-kadang kedua-dua vokal ini amat mengelirukan.

Vokal U dalam awal suku kata 

1. ' אֻ ' - 'u  
2. ' אוּ ' - 'u  
3. ' בֻ ' - bu  
4. ' בוּ ' - bu  
5. ' גֻ ' - gu  
6. ' גוּ ' - gu             

vokal U dalam akhir suku kata 

1. ' יוּד ' - yud  
2. ' קֻם ' - qum  
3. ' מוּם ' - mum  
4. ' טוּד ' - tud  
5. ' רוּם ' - rum

Vokal u dalam dua suku kata 

1. ' וּבוֹ ' - u-vo  
2. ' לֻקַח ' - lu-qach  
3. ' רוּחִי ' - ru-chi

Tahniah kepada anda kerana telah menamatkan sesi pembelajaran tentang nequdot/tanda baca ini. Anda bolehlah mengeja tulisan-tulisan hebrew ini dengan mudah dan senang. Walau bagaimanapun, dalam penulisan harian seperti buku-buku ilmiah, surat khabar dan lain-lain tidak menggunakan nequdot. jadi perlu juga belajar membaca tulisan tersebut tanpa nequdot.

          Selamat belajar semua...

          0 comments:

          Post a Comment

          Share

          Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More