Thursday, 16 December 2010

Tanda baca/ nequdot / vokal A

Salam semua para pembaca budiman... bertemu lagi dalam pembelajaran bahasa Ibrani pada hari ini. Jadi bagaimana perkembangan pembelajaran saudara dan saudari sekalian. Sudahkah menghafal Alphabet/alefbet Ibrani?. Saya menjangkakan bahawa kalian semua telah menghafal alphabet tersebut.

Hari ini saya akan membincangkan tanda baca atau dikenali sebagai nequdot iaitu vokal dalam tulisan Ibrani ini. Tidak seperti bahasa English atau bahasa Melayu di mana vokal diwakili oleh A, E, I, O, U. Maka senang dan mudah untuk membaca apa-apa perkataan atau ayat. 
 

Vokal A

Vokal A sebenarnya mempunyai 3 tanda baca atau  nequdot yang berbeza tetapi bunyi dan sebutan yang sama iaitu  ' ָ   ַ   ֲ  '. Vokal jenis A  ' ָ '  dikenali sebagai qamatz (panjang), Vokal A '  ַ ' pula dikenali sebagai patach (pendek) dan ' ֲ ' adalah dikenali sebagai chatap patach (pendek). Kesemua simbol atau nikkud yang diterangkan di atas membawa bunyi sebagai 'a' dan literasi bunyi 'a'. 

1. " אָ  " - adalah huruf alef dan mempunyai tanda baca/titik di bawah huruf menunjukkan neqodot qamatz dan bunyi adalah 'a' seperti abang. Dikelaskan sebagai bunyi bunyi lebih panjang.   

2.  " אַ  " - adalah huruf alef dan mempunyai tanda baca/titik dibawah huruf menunjukkan nequdot patach dan bunyi tanda baca ini adalah 'a' seperti abang. Dikelaskan sebagai bunyi lebih pendek.   

3.  " אֳ  "- Adalah huruf alef dan mempunyai tanda baca/titik dibawah huruf menunjukkan nequdot chatap patach dan berbunyi 'a' seperti abang. Dikelaskan sebagai bunyi lebih pendek.  

Contoh Vokal A dalam perkataan  

1. ' אַתָּה ' - iaitu huruf alef (patach), tet (qamatz) dan hey. Maka sebutan perkataan ini adalah a-tah iaitu bermaksud awak/kau.   

2. ' אָדָם  ' - Huruf alef (qamatz), dalet (qamatz) dan mem sofit. Bunyi perkataan adalah a-dam. Bermaksud orang/person. 

Lihat pula vokal A bagi huruf-huruf di bawah dan cuba sebutkan bunyi bagi huruf-huruf tersebut:

' בָּ   בַּ   אֲ   בֲּ   בַּ   אָ   אַ   בָּ   אָ   בֲּ ' - huruf bet dan alef. 

1. ' בָּ ' - huruf bet dan lit. huruf b, qamatz (a). Bunyi b + a = ba  
2. ' בַּ ' - huruf bet dan lit. huruf b, patach (a). Bunyi b + a = ba  
3. ' אֲ  ' - huruf alef dan lit. huruf a, chatap patach (a). a = a  
4. ' בֲּ ' - huruf bet dan lit. huruf b, chatap patach (a). b + a = ba  
5. ' בַּ ' - huruf bet dan lit. huruf b, patach (a). b + a = ba  
6. ' אָ ' - huruf alef dan lit. huruf a. qamatz (a). a = a  
7. ' אַ ' - huruf alef dan lit. huruf a, patach (a). a = a 
8. ' אָ ' - huruf alef dan lit. huruf a, qamatz (a). a = a  
9. ' בֲּ  ' - huruf bet dan lit. huruf a, chatap patach (a). b + a = ba

Contoh perkataan menggunakan vokal A 

1. ' חַיָה ' - cha-yah - binatang  
2. ' עָשָׂה ' - 'a-sah - dibuat/made  
3. ' אַתָּה ' - a-tah - awak (untuk lelaki)  
4. ' חַוָה ' - cha-vah - kebun/farm  
5. ' לָמָה ' - la-mah - kenapa  
6. ' שַׁנָה ' - sa-nah - tahun

Cara untuk membaca vokal A berdasarkan perkataan di atas:


' חַיָה ' - cha-yah - binatang 


1. ' חַ ' - huruf chet dan literasi huruf ch. tanda nequdot di bawah huruf chet ialah chatap patach vokal a. jadi huruf ini di baca sebagai 'cha'  

2. ' יָ ' - huruf yod dan literasi huruf y. tanda nequdot di bawah huruf yod ialah qamatz vokal a. maka huruf tersebut di baca ya.  

3. ' ה ' - huruf hey dan literasi huruf h. Tidak mempunyai tanda baca atau nequdot. oleh itu ia di baca h.  

4. Maka perkataan di atas adalah Ch + a + y + a +h sama dengan cha-yah atau chayah yang bermaksud binatang/animal. 


' עָשָׂה ' - 'a-sah - dibuat 


1. ' עָ ' - huruf ayin dan literasi huruf a/y. tanda baca atau nequdot adalah qamatz vokal a. Di baca sebagai 'a.  

2. ' שָׂ ' - huruf shin dan literasi huruf s. Tanda baca atau nequdot adalah qamatz vokal a. maka di baca sa.  

3. ' ה ' - huruf hey dan literasu huruf h. Tidak mengandungi nequdot/tanda baca. Oleh itu di baca h.  

4. Maka perkataan tersebut adalah a + s + a + h sama dengan 'a-sah atau 'asah yang bermaksud dibuat/made


' אַתָּה ' - a-tah - awak (untuk lelaki) 


1. ' אַ ' - huruf alef dan lietarasi huruf a. tanda baca/nequdot adalah chatap patach vokal a. di baca a.  

2. ' תָּ ' - huruf tet dan lietarsi huruf t. Nequdot/tanda baca adalah qamatz vokal a (panjang), di baca ta. 

3. ' ה ' - huruf hey dan literasi huruf h. tidak mengandungi nequdot atau tanda baca maka di baca hanya h.  

4. Oleh itu, perkataan tersebut adalah a + t + a + h sama dengan a-tah atau atah yang bermaksud awak/kau.


' חַוָה ' - cha-vah - kebun/farm 


1. ' חַ ' - huruf chet literasi huruf ch. Tanda baca/nequdot di bawah huruf adalah chatap patach vokal a dan di baca cha.  

2. ' וָ ' - huruf vav dan literasi huruf v, tanda baca atau nequdot adalah qamatz vokal a dan di baca sebagai va.  

3. ' ה ' - huruf hey dan literasi huruf h. Tidak mengandungi nequdot maka di baca h.  

4. maka sebutan perkataan di atas adalah ch + a + v + a + h atau cha-vah atau chavah bermaksud kebun. 


Selamat belajar...



                  1 comments:

                  terima kasih, berpeluh jugak saya nak habiskan bahagian nequdot. tak sangka saya rajin habiskan pelajaran ni, sebelum ini saya agak pemalas sebenarnya, hahahahaa

                  Post a Comment

                  Share

                  Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More