Thursday 16 December 2010

Tanda baca/ nequdot / vokal E

Vokal E dalam tulisan ibrani adalah terdiri daripada 3 jenis iaitu 
( ֵ    ֶ    ֱ  ) namun mempunyai bunyi yang sama. Vokal E jenis 
( ֵ ) dikenali sebagai Tsere (panjang),  Vokal E jenis (  ֶ  ) ini pula disebut sebagai vokal E segol (pendek) manakala Vokal jenis E ( ֱ ) adalah chatap segol iaitu lebih pendek atau hampir-hampir mati bila menyebutnya. 

1. " בֵּ  " -  Huruf bet dan mempunyai tanda baca/nequdot Vokal E Tsere. bunyi adalah ei/e dalam perkataan emak. Literasi huruf e dan dikelaskan sebagai bunyi panjang bila menyebutnya.  

2. " בֶּ " - Huruf bet dan mempunyai tanda baca/nequdot vokal E segol. bunyi adalah e dalam perkataan emak. Literasi huruf adalah e dan dikelaskan sebagai bunyi pendek.  

3. " בֱּ " - Huruf bet dan mempunyai tanda baca/nequdot vokal E chatap segol. Bunyi adalah e dalam perkataan emak. Lietarsi huruf adalah e dan dikelaskan sebagai bunyi pendek atau hampir-hampir mati/reduced 

Jenis vokal E penuh

1. " אֵי " - Dikenali sebagai vokal jenis E Tsere yod di mana huruf alef ditandai dengan nequdot tsere dan yod. Bunyi disebut sebagai ei dan literasi huruf adalah ei, disebut panjang/berharkaat.  

2. "אֶי " - Dikenali sebagai vokel jenis E segol yod di mana ditandai dengan segol dan yod. Bunyi disebut sebagai ey dan literasi huruf ialah ey. disebut panjang/berharkaat.

      Contoh pembacaan

      ( אֵ   בֵ   גֵ   דֵ   הֵ   זֵ   חֵ   טֵ   יֵ   כֵ   מֵ   שֵׁ ) 

      Latihan untuk satu suku kata (musim pertama) 

      1. 'אֵת ' - 'et  
      2. ' שֵׁם ' - shem  
      3. ' אֵל ' - el  
      4. ' הֵם ' - hem  
      5. ' כֵן ' - khen  
      6. ' הֵן ' - hen  
      7. ' לֵב ' - lev  
      8. ' עֵץ ' - ets

      Latihan untuk satu suku kata (musim kedua) 

      1. ' פֶּן ' - pen  
      2. ' בֵּן ' - ben  
      3. ' מֶה ' - meh  
      4. ' זֶה ' -zeh  
      5. ' אֶל ' - el  
      6. ' בֶן ' -ven
      7. '  אֶת ' - et  
      8. '  שֶׁם '  - shem 

      Latihan untuk dua suku kata 

      1. ' אֱמָר ' - e-mar
      2. ' הֱוֵא ' - he-ve  
      3. ' אֱלָה ' - 'e-lah  
      4. ' אֱנָשׁ ' - 'e-nash  
      5. ' אֱמֶת ' - 'e-met  
      6. ' חֱמָה ' - che-mah  
      7. ' עֱנָה ' - 'e-nah

      Selamat belajar dan jumpa lagi pada post yang akan datang.

            0 comments:

            Post a Comment

            Share

            Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More